hati kecil ku berdetik, "bilakah engkau akan menjadi lebih serius dlm hidup mu?" "sehingga bilakah engkau akan manjahilkan diri mu ini?". ya Tuhan, maafkan daku atas segala dosa yg ku lakukan selama ini. iya, manusia berubah. ada yg baik ke jahat dan ada yg jahat ke baik. tetapi acapkali diri ini membuat kebaikan,beribu persoalan yg timbul. betulkah ini? ikhlaskah aku? teruk ke aku? baik ke aku? riak ke aku? dan byk lagi. tp selemah2 diri ini, aku juga tidak lupa akan asal usul ku.kot. aduhai. mengapa lah aku begitu dungu kala timbul nye soalan2 itu. gelap sgt kah hati ku utk membuat kebaikan. sesungguh nya duniawi ini satu ujian yg diberi Tuhan bagi menilai ketaatan kita kepadaNya. secara jujur, tidak ada alasan utk seorg manusia itu utk tidak membuat kebaikan. nak, seribu daya kan? ku akui aku sering alpa ketika diri menemui hiburan duniawi. tindakan ku salah. tp setelah membuat nya, aku terfikir sebentar, dan fikiran itu hilang tiba2 bak asap yg ditiup angin. teringat ku akan kata2 ustazah sewaktu ku bersekolah dulu "hidayah ini bukan dtg dgn sendiri.kita harus mencari hidayah Allah.sehingga Allah memberinya kepada kita. dan sekiranya kita tidak menggunakan hidayah itu dgn baik. nanti Allah tarik balik."
hmm.aku cuba.berjaya atau tidak,itu lain cerita. tapi aku akan cuba. bermula drpd perkara yg kecil ke yg besar.doakn yg terbaik utk ku ye rakan2. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments